realme Malaysia mengesahkan pelancaran dua peranti terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G iaitu pada 29 Februari 2024, jam 7 petang waktu tempatan di halaman Facebook realme.
Sebagai imbas kembali, realme 12 Pro+ 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 2 dengan 12GB RAM dan 256GB storan.
Kamera pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera periskop 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP.
Acara pelancaran ini juga bakal menonjolkan dua pilihan warna iaitu Submarine Blue dan Navigator Beige untuk realme 12 Pro+ 5G
Untuk realme 12+ 5G pula, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 7050 dengan memori 12GB RAM.
Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan teknologi fotografi, SuperOIS dan NightEye Engine.
Model ini akan tersedia dengan dengan 2 pilihan warna, Navigator Beige dan Pioneer Green.
Selain itu, anda juga boleh prapesan realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G ini di mana-mana cawangan realme di seluruh Malaysia dengan bayaran serendah RM12 sehingga 29 Februari 2024 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM799.
Beli produk realme di:
Shopee – https://invl.io/clkov73
Lazada – https://invol.co/clkov74
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme Malaysia