Sepanjang suku pertama tahun 2024, kita telah diperlihatkan dengan kemasukan beberapa peranti telefon pintar jenis pertengahan ke pasaran Malaysia dan berdasarkan pemerhatian kami, dua telefon pintar telah menjadi pilihan untuk dibandingkan kemampuannya.
Telefon pintar yang dimaksudkan adalah realme 12 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.
Ulasan ini akan memberikan anda secara terperinci tentang perkara yang ditawarkan untuk kedua-dua telefon tersebut serta kelebihan yang akan dimiliki jika anda memilih salah satu daripadanya.
realme 12 Pro+ 5G
Seperti yang telah disiarkan dalam artikel sebelum ini, realme 12 Pro+ 5G merupakan model utama dalam keluaran siri realme 12 dan ia dikuasakan oleh Snapdragon 7s Gen 2 dengan gandingan memori 12GB RAM dan 512GB storan.
Namun, prestasinya dengan Dimensity 7050 pada realme 11 Pro+ adalah tidak terlalu jauh bezanya.
Skrin pula merupakan jenis AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Telefon ini juga menawarkan prestasi lensa telefoto dan kualiti gambar malam yang jauh lebih baik daripada realme 11 Pro+ 5G dengan kelengkapan kamera utama 50MP OIS, periskop potret 64MP, ultra lebar 8MP dan swafoto 32MP.
Apa yang mengecewakan adalah pengecasan kapasiti bateri 5,000mAh telefon ini dikurangkan kepada 67W daripada 100W yang ditawarkan untuk realme 11 Pro+.
Ciri-ciri menarik yang lain selain daripada reka bentuk elegan, hasil rekaan pereka jam antarabangsa, Ollivier Saveo adalah sokongan rangkaian 5G, NFC, penarafan IP65, dan pembesar suara Hi-Res Audio daripada Dolby Atmos.
Redmi Note 13 Pro+ 5G
Kalau anda memilih telefon Redmi Note 13 Pro+ 5G pula, anda akan mendapat telefon pintar yang dikuasakan cip Dimensity 7200 Ultra dengan sokongan 12GB RAM LPDDR5 dan 512GB storan UFS 3.1 yang mana bagi kami, ia sudah cukup berkuasa.
Untuk skrin telefon ini, ia juga hadir dengan jenis AMOLED, resolusi 1.5K HDR10+, kadar segar semula 120Hz dan perlindungan skrin daripada Corning Gorilla Glass Victus yang mampu menahan hentakan setinggi dua meter.
Kameranya pula terdiri daripada 200MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto yang hadir dengan ciri OIS dan EIS. Kualiti gambarnya juga adalah baik untuk suasana siang dan malam kerana penerapan suar cahayanya yang sangat ketara.
Apa yang menarik pada Redmi Note 13 Pro+ ini adalah pengecasan baterinya yang mencapai sehingga 120W dengan kapasiti 5,000mAh. Hanya ambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk penuh.
Ciri-ciri lain yang akan anda dapat terdiri daripada IR blaster, NFC, Dolby Vision, Dolby Atmos, penarafan IP68 dan sokongan kemas kini utama selama 3 tahun serta 4 tahun untuk tampalan keselamatan.
{suggest}
Mana yang patut anda pilih?
Walau bagaimanapun, kesemua pencerahan di atas akan berbalik semula kepada satu soalan kepada anda sebagai pengguna sahaja tahu akan jawapannya iaitu apakah tujuan anda membeli sesebuah telefon pintar itu?
Sekiranya sasaran anda membeli telefon pintar hanya untuk bermain permainan mudah alih, pilihan yang tepat adalah Redmi Note 13 Pro+ 5G kerana prestasi cipnya walaupun dari MediaTek, ia mampu untuk mencapai kadar kelajuan CPU sehingga 2.8GHz.
Berbeza dengan cip Snapdragon realme, hanya mencapai kelajuan 2.4GHz sahaja.
Tidak terkecuali juga jenis memori yang digunakan adalah LPDDR5 dan storan UFS 3.1 menjadikan telefon ini lebih pantas dan lebih lancar serta lengkap dengan pengecasan yang pantas.
Kalau anda seorang yang cenderung ke arah penampilan yang bergaya, realme 12 Pro+ 5G inilah pilihan terbaik anda.
Hal ini kerana reka bentuk modul kamera belakangnya dihasilkan oleh pereka jam antarabangsa yang terlibat dengan penciptaan jam tangan berjenama Rolex menjadikan nilai telefon ini nampak premium.
Ditambah pula dengan dua pilihan warna iaitu Submarine Blue dan Navigator Beige serta tekstur panel belakangnya yang kesat dan lembut membuatkannya selesa dipegang.
Dalam masa yang sama, anda tetap boleh mengambil gambar pada tahap kualiti yang tidak mengecewakan. Bahkan, ada lensa periskop lagi untuk peranti berkelas pertengahan.
Ingat, buat pilihan yang tepat.
Beli siri realme 12 5G di:
Shopee – https://invl.io/clkov73
Lazada – https://invol.co/clkov74
Beli Redmi Note 13 Pro+ 5G di Shopee – https://invl.io/clkm0se