Selepas realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G hadir ke pasaran Malaysia, kini tiba giliran realme 12 5G untuk melengkapkan siri realme 12.
Spesifikasi semasa ia dilancarkan untuk pasaran global terdiri daripada cip MediaTek Dimensity 6100+, 8GB RAM LPDDR4X + 128GB storan, skrin FHD+ 6.72 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kapasiti bateri 5,000mAh dan pengecasan SUPERVOOC 45W.
Kameranya pula adalah 108MP utama, 2MP potret dan 8MP swafoto.
Selain daripada spesifikasi yang ditawarkan di atas, realme 12 5G ini juga hadir dengan ciri Dynamic Button yang menawarkan fungsi sama seperti Action Button untuk siri iPhone 15 Pro.
Kegunaannya semudah dua kali tekan butang kuasa untuk mengakses aplikasi seperti Touch n’ Go, TikTok, Instagram dan lain-lain dengan lebih mudah dan cepat.
Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia tetapi dijangka dalam masa terdekat.
Beli produk realme di:
Shopee – https://invl.io/clkov73
Lazada – https://invol.co/clkov74
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme Malaysia