Baru-baru ini, syarikat realme telah membangkitkan semula produk siri 11 mereka iaitu realme 11x 5G di pasaran Malaysia.
Walaupun produk telefon pintar ini dahulunya dilancarkan pada 15 September 2023 yang lepas, ketersediaannya hanya eksklusif di syarikat telco Unifi, U Mobile dan Maxis melalui langganan U Postpaid 68, U Postpaid 98, Unifi Home dan Internet Plan, Zerolution 24M dan kontrak Maxis.
Sebagai imbas kembali, peranti ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 6100+ 5G dengan kapasiti bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W.
Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan konfigurasi 16GB (8GB + 8GB Extended RAM) dan kapasiti storan 128GB yang dapat ditambah menerusi kad mikroSD sehingga 2TB. Anda juga boleh baca artikel ini untuk spesifikasi penuh realme 11x 5G ini.
Kini, anda boleh dapatkan realme 11x 5G ini dengan dua variasi warna iaitu Purple Dawn dan Midnight Black dengan harga RM999.
Beli di Shopee
Beli di Lazada
{suggest}
Sumber: Media Siaran realme