Dua bulan lepas, kami telah berkongsikan ciri baharu WhatsApp dimana segelintir pengguna boleh memberikan reaksi terhadap status yang dimuat naik oleh rakan-rakan.
Kini, ciri tersebut sudah pun mula dilepaskan kepada semua pengguna Android dan juga iOS.
Beberapa jenis emoji yang dapat kita gunakan untuk memberi reaksi seperti emoji markah seratus, muka menangis, bertepuk tangan dan macam-macam lagi. Walaupun kemas kini ini sudah menjadi rasmi di App Store dan Play Store, ada sesetengah pengguna yang tidak mempunyai akses terhadap ciri berkenaan.
Cara terbaik untuk menguji ciri ini adalah dengan membuka sebarang status di Whatsapp dan leretkannya ke atas. Jika terdapat beberapa emoji yang tertera, bermakna ciri itu dapat diakses.
Bagi anda yang masih belum mendapat kemas kini terbaru ini, jangan bersedih kerana ia pasti akan ditawarkan kepada anda dalam masa terdekat.
Sumber: Wabetainfo
{suggest}