Sempena Hari Bapa pada 18 Jun nanti, iQOO menganjur iQOO Bash 3rd Gathering yang akan berlangsung pada 17 Jun, hari Sabtu depan di Subang SS15.
Dalam acara itu, anda boleh merasai secara depan-depan akan siri iQOO Z7 yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lepas.
@wisermy Replying to @_vermillion12 So macam mana guys? Padu tak fon ni😉. #wisermy #tiktok #fyp #fypシ #fypage #smarphone #gamingphone #vivo #vivoiqoo #iqoo #iqooz7
Selain itu, iQOO juga menjanjikan pelbagai cabaran, pertandingan dan juga aktiviti-aktiviti yang menarik di sepanjang acara itu berlangsung.
{suggest}
Oleh itu, secara tidak langsung anda dapat berinteraksi dan menyertai dan merasai keseronokan yang ada dalam acara yang dianjurkan iQOO ini.
Untuk pengetahuan anda, penyertaan dalam acara ini adalah terhad, jadi daftarkan penyertaan anda dengan segara melalui pautan ini.
Sumber: Siaran Akhbar iQOO