Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan dijangka mengumumkan mengenai rangkaian kedua 5G pada minggu ini.
{suggest}
Setakat pertengahan bulan ini, kadar penerimagunaan 5G telah mencecah hampir 36%. Sementara kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3% pada Februari lepas.
Menurut Fahmi, ia merupakan pencapaian yang baik memandangkan penerimagunaan 5G sebelum ini agak rendah iaitu sekitar 12 hingga 15% sahaja pada November 2023.
Tambahnya lagi, dengan pelaksanaan rangkaian kedua 5G kelak, ia dilihat akan membawa implikasi positif dari segi liputan serta penerimagunaan perkhidmatan itu.
Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk melihat beberapa perkara bagi membantu menyediakan internet lebih murah dan pantas di sekolah seluruh negara.
Sumber: BERNAMA