Qualcomm Technologies Inc. di MWC 2024 mengumumkan penglibatan mereka dalam teknologi kecerdasan buatan bagi memajukan rangkaian 5G dan Wi-Fi dalam setiap peranti mudah alih yang berasaskan teknologi Qualcomm.
Antara yang ditampilkan adalah ciri Qualcomm AI Hub yang mengandungi lebih 75 model kecerdasan buatan (AI) yang telah dioptimumkan bagi kegunaan peranti yang menggunakan teknologi Snapdragon dan Qualcomm.
Selain itu, Qualcomm turut memperkenalkan sistem modem-RF Snapdragon X80 5G dengan mendakwa ia adalah platform modem ke antena rangkaian 5G paling canggih di dunia.
Qualcomm berkata, senibina Snapdragon X80 5G ini telah digandingkan dengan keupayaan 5G-Advanced serta disokong oleh satelit NB-NTN bagi membekalkan sambungan rangkaian 5G yang lancar dengan kadar pengurusan jalur mmWave Sub-6 GHz.
Akhir sekali, Qualcomm juga telah mencipta satu sistem ketersambungan mudah alih, Qualcomm FastConnect 7900 dengan gabungan kecerdasan buatan (AI) serta teknologi Wi-Fi 7, Bluetooth dan Ultra Wideband dalam satu cip tunggal.
Keberkesanan gabungan ini juga mampu memberikan perkhidmatan rangkaian yang selamat untuk kegunaan akses, pencarian dalam talian dan kawalan peranti.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Qualcomm