Qualcomm hari ini mengumumkan nama baharu untuk cip komputer riba dan PC, iaitu Snapdragon X Series.
{suggest}
Platform Snapdragon X akan menggunakan CPU Qualcomm Oryon, yang mana dibangunkan dengan teknologi cip yang diperoleh apabila ia mengambil alih Nuvia pada 2021. Diasaskan oleh bekas pereka cip Apple, Nuvia mereka bentuk cip berasaskan seni bina Arm, yang dijangka membawa prestasi komputer dengan kuasa dan kecekapan lebih baik.
Sama seperti cip Snapdragon 8cx, Snapdragon X juga akan menawarkan pemprosesan AI dan sambungan 5G pada komputer riba.
Introducing the brand new #Snapdragon X Series. Learn more: https://t.co/NOgiutc9Zu pic.twitter.com/79zx4guGkX
— Snapdragon (@Snapdragon) October 10, 2023
Dijangka akan tersedia pada 2024, Snapdragon X mungkin dapat menandingi keupayaan cip siri-M Apple yang mula diperkenal pada 2020. Sekali gus dapat memberikan perubahan besar untuk pengguna Windows.
Buat masa ini, tidak banyak yang didedahkan dan ianya lebih tertumpu kepada penjenamaan baharu untuk platform itu. Qualcomm menyatakan lebih banyak perincian mengenai siri Snapdragon X akan dikongsikan melalui acara Snapdragon Summit pada hujung bulan ini.
Sumber: Qualcomm