Apple adalah salah satu pelanggan Qualcomm yang utama kerana ia pembekal eksklusif modem 5G yang digunakan Apple dalam produk seperti iPhone.
Berdasarkan artikel ini, Apple berkemungkinan besar akan menghidupkan semula diri iPhone SE 4. Tetapi ia menggunakan cip baseband 5G miliknya sendiri berbanding modem 5G Qualcomm.
(5/10)
Nevertheless, once the SE 4 starts using Apple's 5G baseband chip, it's a foregone conclusion that Qualcomm's Apple orders will decline significantly in the foreseeable future.— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) February 27, 2023
Sekiranya iPhone SE 4 menunjukkan nilai komersial yang baik ketika ia dilancarkan nanti (pertengahan pertama 2024), iPad dan Apple Watch juga tidak memerlukan lagi teknologi Qualcomm itu.
Oleh itu, Apple dijangkakan catat keuntungan margin kasar untuk segmen perkakasan yang tinggi untuk tahun-tahun mendatang.
(7/10)
This move will benefit Apple's hardware gross margin, while Qualcomm's Apple business will decline significantly in the next 2-3 years.— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) February 27, 2023
Walau bagaimanapun, urus niaga antara Qualcomm dan Apple mungkin akan menurun secara mendadak dalam 2 ke 3 tahun akan datang.
Sebagai contoh, barisan komputer dan komputer riba Apple sudah mula menggunakan cip mereka sendiri sedangkan sebelum ini mereka menggunakan cip Intel dan GPU daripada NVIDIA dan AMD.
{suggest}
Sumber: Twitter