Syarikat teknologi HONOR Malaysia kini bakal membuka pusat khidmat pelanggan pertama di Malaysia yang akan bertempat di Pavilion Embassy, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2024 ini.
Pelancaran pusat perkhidmatan ini hadir dengan beberapa tawaran seperti:
- Gantian pelindung skrin percuma (satu minggu dari 17 Mac)
- Pembaikan percuma untuk peranti HONOR yang telah tamat jaminan (tiga hari dari 17 Mac)
- Percuma hadiah misteri untuk pengguna peranti HONOR (17 Mac)
Tambahan lagi, HONOR Malaysia membuat kenyataan yang mana mereka menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
{suggest}
Selain daripada itu, anda juga boleh membuat prapesan peranti terbaru mereka, HONOR Magic6 Pro dengan membuat bayaran deposit RM66 sahaja sehingga 20 Mac 2024 dengan tambahan hadiah bernilai RM2,259.
Untuk maklumat anda, HONOR Magic6 Pro ini akan dilancarkan pada 20 Mac 2024.
Dapatkan produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkp240
Lazada – https://invol.co/clkp24d
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia