Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Projektor Ini Dipasang Pada Basikal Untuk Dijadikan Penunjuk Arah GPS

Posted on Mac 8, 2022

Hari ini, kita tidak perlu menghafal jalan dan nama lorong untuk ke sesuatu tempat. Dengan adanya teknologi GPS pada telefon, pemandu dan penunggang hanya perlu menetapkan alamat dan kerja selebihnya diselesaikan peranti.

Namun, untuk penunggang motosikal dan basikal, menggunakan telefon agak mencabar dan terdedah kepada bahaya.

Sebuah syarikat bernama Wicked Lasers mencipta sebuah projektor iaitu LaserCube dengan rekaan segi empat tepat yang mampu dihubungkan dengan telefon pintar dan digunakan untuk pelbagai acara.

Dalam sebuah video oleh syarikat tersebut, mereka memasangnya pada basikal untuk dijadikan penunjuk arah. Projektor tersebut memancarkan arah navigasi pada jalan lalu memudahkan penunggang menggunakan aplikasi GPS.

Ia kelihatan sangat gempak terutamanya jika digunakan malam hari kerana cahaya dipancarkan mempunyai warna yang terang dan membawa semangat RGB.

Ia tersedia dalam 3 plihan mengikut kuasa iaitu 1.2W sehingga 2.5W dengan harga serendah €899 (~RM4086) di laman rasminya.

Baca juga:

  • Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’
  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna
  • Hujan Lebat Luar Biasa Punca Banjir Di Kuala Lumpur Dan Lembah Klang, Kini Menuju Sabah Pula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress