Berikutan dengan kerisauan serta dilema yang membelenggu fikiran pengurus-pengurus di Jepun tentang perletakan jawatan pekerja-pekerja mereka, seorang profesor di Tokyo City University (TCU) telah mengumumkan satu usaha untuk membanteras isu tersebut.
Naruhiko Shiratori, profesor TCU yang dimaksudkan telah membuat satu kenyataan kepada Agence France-Presse (AFP) News di mana beliau masih dalam peringkat penghasilan satu teknologi kecerdasan buatan dengan kebolehan meramal tingkah laku pekerja di sesebuah organisasi.
Menurut laporan, teknologi itu akan menganalisis status data para pekerja seperti umur, jantina, waktu mereka hadir dan pulang dari tempat kerja dan bilangan hari tidak hadir.
Kemudian, data tersebut akan diterapkan dalam sebuah model bagi membuat jangkaan atau andaian apa yang bakal dilakukan seterusnya daripada pekerja tersebut.
Kepada anda di luar sana, adakah idea sebegini bagus atau sebaliknya?
Sumber: philstar Global