PRISM+ telah melancarkan peralatan rumah pintar di Malaysia dengan memperkenalkan dua kategori produk baharu. Dua produk terbaharu tersebut adalah penyaman udara dan penulen udara pintar.
Sistem penghawa dingin PRISM+ Luna didatangkan dengan penyejuk R32 dan Teknologi Sirip Emas dengan salutan anti-karat empat lapisan yang direka untuk melindungi kedua-dua unit dalaman dan pemampat.
Tambahan pula, PRISM+ menawarkan jaminan standard selama 2 tahun untuk unit dalamannya dan 5 tahun untuk unit luarannya.
Bagi penulen udara pintar PRISM+ Aura pula, ia dilengkapi dengan penapis gred perubtaan HEPA H13.
PRISM+ Aura direka untuk menghapuskan zarah bawaan udara berbahaya. Keluaran ini akan diperkenalkan pada 1 Mei 2024 dan akan dijual pada harga RM379 untuk model Alpine White dan RM399 untuk model Space Grey.
Selain itu, aplikasi telefon pintar juga dilancarkan yang direka untuk menyokong peranti pintarnya.
Aplikasi ini menawarkan kertersambungan kepada rangkaian peralatan rumah pintar PRISM+ dengan membenarkan pemilik rumah akses jarak jauh ke dalam peranti mereka.
{suggest}
Sistem penyaman udara pintar PRISM+ Luna akan tersedia untuk prapesan mulai 1 Mei 2024 di laman rasmi PRISM+ dan pada 15 Mei 2024 melalui Shopee, Lazada, kedai runcit luar talian.
Pelanggan yang membeli dalam tempoh ini akan menikmati harga promosi masa terhad, iaitu RM799 (harga asal RM999) untuk model 1HP dan RM1,099 (harga asal RM1,299) untuk model 1.5HP.
Penulen udara pintar PRISM+ Aura akan mula dijual di laman web PRISM+, kedai fizikal, Lazada dan Shopee mulai 1 Mei 2024.
Aura akan dijual pada harga RM379 (harga asal RM429) dan RM399 (harga asal RM449) untuk Alpine White dan Space Grey semasa hari pelancaran.
Sumber: Siaran Media PRISM+ Malaysia