Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelan Prabayar Serba Baharu Hotlink

Prabayar: Hotlink Tawar Kuota FUP Hingga 100GB, Kelajuan Sampai 12Mbps

Posted on Julai 13, 2023Julai 14, 2023

Hotlink melancarkan pelan prabayar baharu yang menyepadukan pelan Hotlink Unlimited dan Hotlink Pantas dan ia hadir dengan tawaran yang sedikit melegakan hati pengguna.

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk perbezaan pelan lama dan baru.

pelan prabayar hotlink baru

Pelan Tanpa Had RM50 kini mempunyai FUP sebanyak 100GB manakala pelan RM40 pula sebanyak 80GB.

hotlink internet plus

Dalam pada itu, pas Pantas RM35 dan RM25 juga ditingkatkan kuotanya.

Hotlink juga memberikan baucar pulangan tunai 20% pada belia bawah 24 tahun untuk setiap pembelian pas internet baru.

Pas internet Hotlink

Namun, ia terhad untuk pendaftaran yang yang telah dilakukan oleh peniaga Hotlink/Maxis di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah, Labuan sahaja.

{suggest}

Maksud di sini, jika nombor Hotlink anda guna sekarang ini dulunya dibeli di Kelantan, anda layak dapat baucar ini.

Untuk pek sim baharu, ia berharga RM10 dengan kredit RM5 termuat dalam. Maklumat lanjut ada di laman web Hotlink.

Untuk tahu pelan atau langganan tambahan yang bolehkan nombor anda aktif sehingga 365 hari, boleh ke SINI.

Sumber: Siaran Akhbar Hotlink

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress