Tidak lama selepas mengumumkan ketersediaan telefon pintar terbaru realme GT3 mereka di pasaran Malaysia pada 20 Disember 2023, realme Malaysia menawarkan beberapa hadiah menarik bagi pembeli awal yang membuat pra-tempah ke atas realme GT3.
Kempen promosi ini bermula dari hari ini, 12 Disember 2023 sehingga 21 Disember 2023.
Untuk menyertai promosi ini, anda hanya perlu membuat tempahan telefon pintar realme GT3 ini secara langsung di cawangan kedai jenama realme yang berdekatan dengan membayar deposit sebanyak RM30 atau RM50 sahaja.
Hadiah yang disediakan untuk pra tempah peranti ini adalah seperti berikut:-
Selepas anda membuat pra-tempah, anda perlu membayar wang selebihnya pada tarikh 22 Disember 2023 ketika mengambil telefon pintar realme GT3 itu nanti dan menebus hadiah yang disertakan.
Selain itu, realme juga memaklumkan anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM15,000 sempena pembukaan cawangan terbaru realme di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur yang akan dilancarkan pada 22 Disember 2023.
Buat masa ini, harga rasmi realme GT3 di Malaysia belum lagi diumumkan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi realme.
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme