Khusus kepada pemilik konsol PlayStation 4 dari Bandai Namco.
Jika anda adalah peminat tegar anime dan permainan Dragon Ball, jangan lepaskan peluang memiliki edisi khas DRAGON BALL Z: Kakarot Collector’s Edition yang ditawarkan khusus untuk konsol PlayStation 4.
Pakej edisi istimewa permainan video DRAGON BALL Z ini akan disertakan bersama figura diorama eksklusif bersaiz 8x8x8 inci, Hardcover Game Artbook (10x12 inci) dan Steelbook.
DRAGON BALL Z: Kakarot Collector’s Edition sudah pun boleh dipra tempah menerusi laman Amazon yang berharga USD199.95.
Edisi istimewa ini hanya ditawarkan bagi konsol PlayStation 4 sahaja. Sementara versi biasanya iaitu DRAGON BALL Z: Kakarot pula berharga USD49.94 bagi konsol PlayStation 4 dan Xbox One.
Permainan terbaru dari Bandai Namco ini hanya akan dijual secara rasmi bermula 17 Januari 2020.