Pejam celik, pejam celik, sudah banyak peranti di bawah jenama POCO dilancarkan. Jika dahulu dikenali sebagai pembunuh siri andalan, kini mereka memperluaskan lagi ke segmen pertengahan. Terbaru, POCO melancarkan siri kelas pertengahan baharu, iaitu POCO X5 5G dan POCO X5 Pro 5G.
POCO X5 Pro 5G
Bagi anda yang ada bajet lebih dan mahukan berkuasa, teruskan membaca pada bahagian ini. POCO X5 Pro 5G dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 778G yang mana dipadankan memori 6GB/8GB LPDDR4X berserta storan dalaman 128GB/256GB UFS 2.2.
Kamera belakangnya terdiri dengan 108MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara 16MP ditugaskan lensa swafoto.
Di dalam ia dibekalkan kuasa sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W yang dimana palam pengecas diberikan sekali dari dalam kotak.
Melengkapkan pengalaman hiburan anda, paparan seluas 6.67 FHD+ inci AMOLED ditawarkan dengan resolusi 2400×1080 yang turut menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Selain gamut warna DCI-P3, warna 10 bit, skrin ini juga dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.
Antara lainnya adalah menjalankan MIUI 14 untuk POCO, dwi-pembesar suara, NFC, IR blaster, pengimbas cap jari dan satu fungsi yang sudah jarang kita lihat, iaitu bicu audio 3.5mm.
{suggest}
POCO X5 5G
Beralih pada model yang sedikit mesra bajet, POCO X5 5G dilengkapi cip Snapdragon 695, memori 6GB/8GB serta storan 128GB/256GB.
Paparannya adalah seluas 6.67 inci FHD+ AMOLED dengan resolusi 2400×1080 berserta kadar penyegaran sehingga 120Hz. Namun, ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Bekalan kuasanya sama sahaja dengan varian Pro, iaitu 5000mAh tetapi kelajuan mengecas adalah 33W.
Tiga tetapan kamera di belakang merangkumi 48MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Manakala kamera hadapan adalah 13MP.
Lain-lain hampir sama juga, iaitu NFC, IR blaster, pengimbas cap jari serta bicu audio 3.5mm. Namun, ia menjalankan MIUI 13 untuk POCO.
Harga
Ramai yang ternanti-nanti akan harganya, berikut merupakan harga jualan rasminya di Malaysia.
POCO X5 Pro
- 6+128GB – RM1299
- 8+256GB – RM1499
POCO X5
- 6+128GB – RM999
- 8+256GB – RM1199
Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan kesemua peranti tersebut dengan RM100 lebih murah bermula 9 Februari ini tetapi tertakluk kepada siapa cepat dia dapat serta sementara stok masih ada.
Bermakna, POCO X5 Pro 5G boleh dibeli serendah RM1199 dan POCO X5 pula serendah RM999.