Tahun ini, jenama POCO sudah mula kembali bangkit dan menjadi pilihan pengguna terutama sejak kehadiran POCO F3.
Terbaru, mereka secara rasminya akan memperkenalkan antara muka yang tersendiri menerusi POCO UI. Namun, ia bukanlah sebuah sistem operasi yang baharu.
Meskipun begitu, POCO mengatakan ia masih lagi berasaskan MIUI tetapi akan menampilkan beberapa ciri yang menarik dan eksklusif buat peranti tersebut.
Baca juga – Peranti gaming Redmi dijenamakan semula sebagai POCO
Tambahan lagi, mereka turut menyatakan yang mana ciri yang ditawarkan itu juga adalah berdasarkan maklum balas daripada komuniti POCO sendiri dan dijangka hadir pada penghujung tahun ini.
Jika dilihat, siri Black Shark dengan JOYUI juga berdasarkan MIUI. Sementara realme UI pula adalah berasaskan ColorOS.
#POCOM3Pro 5G features the MediaTek Dimensity 700!
A 7nm high-performance processor with more power and more efficiency!
More speed for all of your entertainment needs.#MoreSpeedMoreEverything indeed! pic.twitter.com/bq0W3WWpDK— POCO (@POCOGlobal) May 13, 2021
Dalam pada itu, POCO M3 Pro akan dilancarkan pada 19 Mei ini yang mana ia akan dikuasakan cip Dimensity 700. Ura-ura mengatakan ia mungkin peranti yang dijenamakan semula dari Redmi Note 10 5G.
Baca juga – POCO M3 Pro mungkin dijenamakan dari Redmi Note 10 5G
Berkait dengan Redmi Note 10 5G, ia akan tiba di Malaysia bersama-sama Redmi Note 10S pada 20 Mei ini.
Sumber: androidcentral via gizmochina