POCO dijangka memperkenalkan telefon terbaru mereka, iaitu POCO F6. Kini, ia dilihat telah didedahkan dalam laman penanda aras Geekbench.
Berdasarkan laporan daripada 91 Mobiles, POCO F6 yang berdaftar dengan nombor siri Xiaomi 24069PC21G telah mencatat skor 1884 untuk bacaan teras tunggal dan 4799 untuk skor multi-teras.
Tambahan lagi, telefon ini nampaknya akan menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8s Gen 3 berdasarkan kadar kelajuan CPU yang dicatat, iaitu 3.01 GHz.
Lain-lain adalah seperti sistem operasi yang berasaskan Android 14 dan sokongan memori sebanyak 12GB RAM.
Dari segi spesifikasi lain, ia mungkin sama dengan Redmi Turbo 3 memandangkan ia dikhabarkan dijenamakan semula daripada telefon tersebut.
Apa-apa pun, ketersediannya untuk pasaran global pula mungkin sekitar bulan Julai 2024 ini.
{suggest}
Sumber: 91Mobiles