POCO kali ini telah memperkenalkan telefon pintar baharu mereka yang akan menjadi tambahan dalam siri POCO C iaitu POCO C65.
Telefon pintar POCO C65 ini mempunyai paparan 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Kapasiti bateri adalah 5000mAh , yang menyokong pengecasan 18W.
Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Hello G85 dengan kelajuan CPU sehingga 2.0GHz. Selain daripada kapasiti storan 1TB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD dan konfigurasi 8+8GB RAM, POCO C65 juga dilengkapi dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 50MP bagi kamera utama 2MP makro dan lensa tambahan serta kamera hadapan 8MP.
POCO C65 ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan ungu.
Bermula sekarang hingga 15 November 2023, anda boleh membeli POCO C65 dengan harga yang istimewa bergantung kepada kedai.
POCO 11.11 Mega Sale
POCO juga ada membuat jualan mega sempena 11.11 dengan penjimatan sehingga RM900 pada 11 November 2023 sahaja di kedai rasmi POCO seperti Lazada dan Shopee. Ketersediaan produk bergantung kepada stok.
Berikut adalah senarai produk untuk Jualan Mega POCO 11.11:
{suggest}
Sumber: Siaran Media POCO