Sekiranya pernah memuat turun rancangan TV atau filem, pengguna mungkin pernah menggunakan Subscene untuk muat turun pelbagai sari kata. Kini, platform yang menyediakan koleksi sari kata itu secara rasmi telah ditutup untuk selama-lamanya.
{suggest}
Perkara itu diumumkan oleh pemilik Subscene beberapa hari lepas, dengan menyatakan penutupan laman web dalam tempoh 24 jam.
Sebilangan pengguna Subscene menyatakan bahawa tempoh 24 jam berkenaan adalah tidak mencukupi untuk membuat sandaran sari kata yang telah dimuat naik di laman itu. Sementara pengguna lain berpendapat bahawa platform dengan koleksi sari kata itu tidak sepatutnya hilang begitu sahaja tanpa usaha untuk mengekalkannya.
Namun begitu, sudah pastinya pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengekalkan kandungan Subscene, sebelum keputusan penutupan itu dibuat.
Dengan penutupan Subscene, pengguna boleh menggunakan alternatif lain untuk muat turun sari kata seperti Subdl.com, OpenSubtitles dan sebagainya.
Sumber: Forum Subscene, Reddit