TikTok telah mula melancarkan saingan Instagram, TikTok Notes, untuk pengguna Android dan iOS di Australia dan Kanada.
{suggest}
Menerusi platform X, TikTok mengesahkan kewujudan TikTok Notes dan menyatakan pihaknya kini dalam peringkat awal bereksperimen dengan aplikasi itu.
Dari segi kefungsian, TikTok Notes menawarkan kandungan yang dikhususkan untuk foto dan teks. Tidak seperti Instagram, halaman utama platform ini menampilkan grid yang membolehkan pengguna melihat berbilang siaran sekali gus – seakan aplikasi Lemon8.
Berbanding pendaftaran baharu, TikTok Notes kelak boleh dipautkan pada akaun yang sama dengan aplikasi TikTok sedia ada.
/2 We hope that the TikTok community will use TikTok Notes to continue sharing their moments through photo posts. Whether documenting adventures, expressing creativity, or simply sharing snapshots of one's day, the TikTok Notes experience is designed for those who would like to… pic.twitter.com/KPXJqbaOdG
— TikTokComms (@TikTokComms) April 17, 2024
Buat masa ini, akses awal TikTok Notes hanya tersedia kepada pengguna di Australia dan Kanada, dengan muat turun boleh dilakukan melalui Google Play Store atau Apple App Store. Belum diketahui bila ia akan ditawarkan untuk semua pengguna secara global.
Sumber: TikTok Notes, TikTokComms