Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pernah Menjadi Permainan Popular, Angry Birds ‘Original’ Akan Dipadam Daripada Play Store

Posted on Februari 22, 2023Februari 22, 2023

Sebut sahaja Angry Birds, hampir semuanya mengenali permainan yang pernah popular suatu ketika dahulu. Popularitinya tidak hanya setakat permainan, malah sehingga banyak pihak menghasilkan produk seperti bag sekolah, selimut, alat tulis dan lain-lain yang berinspirasikan permainan tersebut.

Terbaharu, pembangun Rovio mengumumkan permainan Angry Birds ‘original’, dilancarkan pada 2009 dan kemudiannya dinamakan sebagai Rovio Classics: Angry Birds akan dipadamkan daripada Google Play Store pada 23 Februari 2023.

{suggest}

Bagaimanapun, Rovio memaklumkan permainan itu masih boleh dimainkan pada peranti yang telah memuat turunnya, walaupun selepas ia tidak disenaraikan dalam Google Play Store.

Jelasnya, keputusan itu diambil setelah mengkaji semula dan melihat kesan permainan itu kepada portfolio permainannya yang lain, termasuk Angry Birds 2, Angry Birds Friends, Angry Birds Journey dan sebagainya.

Please read below for an important announcement regarding the availability of Rovio Classics: Angry Birds. pic.twitter.com/a4n4bU5gQJ

— Rovio (@Rovio) February 21, 2023

Sebagai tambahan, Rovio Classics: Angry Birds akan dinamakan semula sebagai Red’s First Flight di App Store untuk iOS, sementara menunggu semakan lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress