Perintah Kawalan Pergerakan kini sudah memasuki hari kelima penguatkuasaannya. Pada awal operasi pemantauan, ia telah dikendalikan oleh pihak PDRM serta RELA dimana ATM pula bermula semalam.
Kini perkembangan terbaru, Panglima Angkatan Tentera telah mengeluarkan kenyataan bahawa ATM bakal menggunakan dron dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk membantu penguatkuasaan dalam tempoh PKP ini berjalan.
ATM akan guna dron dan UAV untuk pantau Perintah Kawalan Pergerakan – Panglima Angkatan Tentera pic.twitter.com/14nod32Wv4
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 23, 2020
Melalui penggunaan teknologi tersebut, ia dilihat mampu memudahkan pihak berkuasa dari segi pemantauan yang lebih luas serta mengurangkan kontak antara manusia ke manusia bagi. Terdahulu, China sedia menggunakan dron untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk kekal berada didalam rumah sewaktu perintah berkurung dikuatkuasakan.