RHB Bank telah mengumumkan bahawa RHB Now Internet dan Mobile Banking akan ditamatkan pada 31 Mac.
Oleh itu, pengguna RHB diminta untuk bertukar kepada platform RHB Online dan Mobile Banking yang baharu.

Menurut RHB, tujuan ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin dan dikemas kini supaya boleh menggunakannya tanpa ragu-ragu.
Untuk menukarnya, pengguna perlu menggunakan langkah manual seperti yang berikut:
- Log masuk ke dalam RHB Online Banking yang baharu di sini menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada.
- Tetapkan transaksi berulang melalui “Enable Recurring” di ruangan Payment/Recipient Details.
- Menambah akaun penerima kegemaran menggunakan ciri “Add to Favourite” atau di bahagian Settings.
Pengguna dinasihatkan untuk memadam kesemua transaksi berulang di RHB Now agar dapat melakukan transaksi yang lebih lancar di platform baharu.
{suggest}
Sebarang maklum lanjut atau pertanyaan, pengguna boleh rujuk kepada ruang maklum balas atau di halaman Facebook RHB Group.
Sumber: RinggitPlus
Gambar Utama: Facebook