Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PerantiSiswa Akan Diedarkan Bermula 3 September, Ini Antara Yang Bakal Diterima

Posted on September 3, 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, bermula 3 September.

{suggest}

Menurutnya, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada jam 2.30 petang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

tarikh dapat perantisiswa

Dimaklumkan, setiap penerima bakal mendapat Tablet Samsung terkini iaitu Galaxy Tab A8, sarung pelindung, papan kekunci dan stylus pen.

Terdahulu, Annuar menyatakan 60,000 pelajar dijangka akan menerima manfaat dan kira-kira 100,000 permohonan telah diterima bagi fasa pertama, sejak ia dibuka secara dalam talian bermula 15 April hingga 15 Mei lepas.

Bagi yang belum tahu, pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress