Apple pada hujung Oktober telah mengeluarkan iOS 17.1, yang kemudiannya diikuti iOS 17.1.1 pada awal November. Sehingga iOS terkini dilancarkan, ia menimbulkan beberapa isu kepada pengguna.
Terbaharu, terdapat satu lagi pepijat yang ditemui dalam iOS 17.1.1, yang menyebabkan skrin iPhone ‘membeku’ dan tidak bertindak balas sepenuhnya – input sentuhan, butang kuasa dan kelantangan tidak berfungsi.
{suggest}
Menurut laporan, pepijat itu ditemui dalam App Library pada iOS 17.1.1, seperti yang dikongsi di platform X.
Here's a video. iPhone 13 mini, iOS 17.1.1.
I've seen other people on X replicate this bug on iPhone 14 & iPhone 15 too. pic.twitter.com/TyyZngUECK
— bibasik7 (@bibasik7) November 16, 2023
Untuk lebih jelas, kami juga telah mengujinya sendiri, dan nampaknya ia menjejaskan pelbagai model iPhone. Dalam ujian yang dijalankan, iPhone 14 Pro yang menjalankan iOS 17.1.1 turut terjejas.
Walaupun laporan mengatakan pepijat ditemui dalam App Library, namun adakalanya isu yang sama turut berlaku di luar App Library. Untuk penyelesaian sementara, pengguna boleh melakukan force restart.
Berkemungkinan isu berkenaan melibatkan pepijat dalam iOS 17.1.1, dan Apple berpotensi membetulkannya dalam kemas kini iOS 17.1.2 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Sumber: wccftech