Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengumpul NFT Hilang RM8 Juta Akibat ‘Phishing’

Posted on Januari 1, 2022Januari 17, 2022

Non-fungible token (NFT) adalah antara topik panas sejak sejak beberapa bulan ini. Pembangun tempatan juga tidak ketinggalan dalam menyediakan platform untuk jualan NFT ini seperti pentas.io.

Seorang pengumpul hasil seni dan pengendali galeri, Todd Kramer dari New York nampaknya tidak cukup bertuah apabila karya NFT dibelinya telah dicuri. Kramer telah memuat naik beberapa twit (yang kini telah dipadam) bahawa dia telah digodam dan akibatnya, koleksi NFT dari Bored Ape Yacht Club dan Mutant Ape Yacht Club yang bernilai sekita RM8 juta (USD2 juta) telah hilang.

Kramer dalam twit tersebut mengaku bahawa dia telah jatuh ke perangkap ‘phishing‘, salah satu teknik godaman yang melibatkan penyamaran halaman sesawang menyerupai halaman asli. ‘Phishing’ selalunya disasarkan pada pengguna perbankan dalam talian di mana sebuah pautan yang dihantar penggodam akan memaparkan laman web yang mirip dengan laman web bank yang sebenar.

Bagaimanapun, karya NFT sedia diketahui tidak mudah dicuri atau dijual semula seperti karya fizikal kerana ia “dirantai” blockchain dan mempunyai “cop” pemilik sebenar. OpenSea, platform jualan NFT juga telah mengambil tindakan dengan membekukan beberapa karya NFT.

Sumber: Cointelegraph

Gambar utama: NFThours

Baca juga:

  • Hanya Jual Selfie Sendiri Setiap Hari Dalam Bentuk NFT, Pemuda Ini Berjaya Kumpul Untung RM403,648
  • ‘SMS Pertama Di Dunia’ Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta
  • Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress