Berdasarkan laporan Ming-Chi Kuo, penghantaran global Apple dijangka akan berkurang sebanyak 30% jika aplikasi WeChat dibuang dari App Store. Perkara itu mungkin berlaku berikutan perintah eksklusif yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Ia melarang sebarang transaksi dengan syarikat induk aplikasi WeChat iaitu Tencent.
Kuo menggambarkan dua senario sama ada Apple hanya diminta untuk membuang WeChat dari App Store di Amerika Syarikat atau secara global. Jika hanya di AS, penghantaran iPhone mungkin hanya mengalami kesan yang minima sekitar 3%.
Bagaimanapun, senario yang lebih buruk mungkin berlaku jika WeChat dibuang dari App Store secara global, dimana penghantaran iPhone dijangka mengalami pengurangan sekitar 30%. Ia berikutan, WeChat merupakan aplikasi yang popular dalam kalangan pengguna China. Menurut Kuo,
“Since WeChat is very critical to Chinese users, integrating communications, payments, e-Commerce, social software, news reading, and productivity functions, we believe that the move will tank iPhone shipments in the Chinese market. We estimate that global iPhone shipments will decline by 25–30%.”
Selain di China, WeChat juga mempunyai pengguna aktif bulanan lebih dari 1.2 bilion secara global.
Sumber: MacRumors