iOS 17 kini telah dipasang oleh 76% iPhone yang dikeluarkan dalam tempoh empat tahun lalu, menurut statistik penggunaan iOS 17 yang baru dikeluarkan oleh Apple. Ini merupakan kali pertama Apple memberikan butiran penggunaan iOS 17 sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu.
{suggest}
20% daripada iPhone yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama masih menggunakan iOS 16, manakala 4% dengan sistem operasi yang lebih awal. Secara keseluruhan, 66% menaik taraf ke iOS 17, 23% dengan iOS 16 dan 11% kekal menggunakan versi iOS lebih awal.
Berdasarkan data tersebut, ia memperlihat pemasangan iOS 17 lebih perlahan daripada iOS 16. Pada Februari 2023, iOS 16 telah dipasang pada 81% iPhone yang dikeluarkan dalam tempoh empat tahun dan 72% daripada semua iPhone.
Selain iOS, Apple turut berkongsi pemasangan iPadOS. 61% daripada iPad yang diperkenalkan dalam empat tahun lepas telah dipasang iPadOS 17, manakala 29% menjalankan iPadOS 16, dan 10% dengan versi iPadOS yang lebih awal.
Berbanding iOS 17, penggunaan iPadOS 17 mengatasi iPadOS 16. Sekitar tempoh yang sama pada tahun lalu, iPadOS 16 telah dipasang pada 53% iPad yang dikeluarkan dalam empat tahun lepas dan 50% daripada semua iPad.
Sumber: Apple Developer, via MacRumors