WhatsApp sedang melakukan kemas kini baharu melalui program Beta Google Play iaitu pada versi 2.23.26.18. Apa yang terbaru dalam kemas kini ini?
Untuk pengetahuan anda, WhatsApp sedang membangunkan ciri untuk berkongsi audio muzik semasa panggilan video dijalankan.
{suggest}
Ciri ini bakal tersedia dalam kemas kini akan datang. Walau bagaimanapun, ciri ini masih dalam pembangunan. Jadi, ia masih belum bersedia untuk penguji beta.
Ciri ini diberi nama Share Music Audio. Pengguna perlu memilih ‘pilihan perkongsian skrin’ untuk membolehkan anda berkongsi audio yang dimainkan semasa membuat panggilan video.
Namun, ciri ini juga tidak terhad untuk audio muzik sahaja tetapi audio daripada video yang anda mainkan dan apa-apa jenis audio turut boleh dikongsi kepada pengguna lain dalam satu panggilan video yang sama.
Akan tetapi, dengan syarat panggilan video tersebut masih aktif. Jika panggilan tersebut telah dimatikan maka ciri tersebut akan hilang dengan sendiri.
Sumber: wabetainfo