Waze akhirnya memperkenalkan sokongan untuk Apple Music pada iPhone, membolehkan pengguna mengawal muzik melalui pemain muzik terbina dalam aplikasi.
Dengan kemas kini baru ini, dengan mudah pengguna boleh mengawal lagu sambil mengikut arah navigasi ke destinasi yang dituju.
Pengguna juga akan mendapat akses kepada pelbagai pilihan senarai main Apple Music secara terus melalui Waze, bermakna sudah tidak perlu membuka aplikasi Apple Music sama sekali.
Sebelum ini, Waze telah melancarkan sokongan untuk Spotify pada tahun 2017 dan kemudian beberapa aplikasi seperti Amazon Music dan YouTube Music turut serta.
Sumber: Waze
Baca juga: