Baru-baru ini, pengguna aplikasi Samsung Wallet telah dikejutkan dengan tawaran yang diberikan oleh Samsung Malaysia yang mana mereka boleh tebus peranti Samsung Galaxy S24 dengan hanya membayar RM24 sahaja.
Hal ini semestinya perlu disertakan sekali dengan syaratnya, iaitu mempunyai kadar mata Samsung Rewards sebanyak 120,000 mata dan pergi ke mana-mana cawangan rasmi Samsung di seluruh Malaysia untuk tuntut ganjaran tersebut.
Setakat ini, sebanyak dua orang individu yang telah berjaya menuntut ganjaran itu.
Idris Daud dan Steven Lee yang merupakan pengguna setia aplikasi Samsung Wallet menceritakan pengalaman mereka dalam melakukan pelbagai transaksi harian dengan aplikasi ini.
Walaupun dengan bayaran sebanyak RM1, mata Samsung Rewards tetap akan diterima untuk tebus baucar aiskrim, kopi dan lain-lain. Tidak dilupakan Samsung Galaxy S24 juga.
Anda boleh muat turun aplikasi Samsung Wallet ini melalui Google Play Store dan ia juga akan terus tersedia dalam peranti Samsung Galaxy.
Spesifikasi ringkas untuk Samsung Galaxy S24, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen-3, dilengkapi skrin Dynamic LTPO AMOLED 6.2 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta kamera yang terdiri daripada 50MP utama, 10MP telefoto, 12MP ultra lebar dan 12MP swafoto.
Beli produk siri Samsung Galaxy S24 di:
Shopee – https://invl.io/clktq7o
Lazada – https://invol.co/clktq89
{suggest}
Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia