Sony telah melepaskan kemas kini terbaru buat konsol PlayStation 5 nya pada awal minggu ini. Berdasarkan kenyataan PlayStation, kemas kini ini menawarkan peningkatan baru dari segi audio, storan, dan beberapa ciri lain.
Audio 3D Untuk Dolby Atmos
Melalui kemas kini ini, PS5 menyokong teknologi audio Tempest 3D Sony yang mampu diselaraskan dengan peranti audio HDMI yang menyokong Dolby Atmos.
Antara peranti yang anda boleh jangkakan termasuklah soundbar, televisyen, dan sistem teater rumah.
Ciri ini membolehkan pengguna mengalami kesan audio yang lebih imersif ketika bermain tanpa perlu menggunakan fon kepala istimewa.
Sokongan Storan Yang Lebih Besar
Lebih menarik lagi, konsol PS5 sekarang mampu menyokong dan membaca storan SSD dengan kapasiti hingga 8TB berbanding 4TB sebelum ini.
Walau bagaimanapun, storan SSD yang bakal digunakan nanti oleh anda perlu memenuhi kriteria minimum seperti kelajuan baca sekurang-kurangnya 5,500MB/s.
{suggest}
Selain itu, kemas kini ini juga memperkenalkan ciri assist controller. Ciri ini membolehkan pengguna menambah lagi satu alat kawalan dalam akaun mereka yang bertindak sebagai assist controller.
Ciri ini boleh digunakan dalam situasi seorang ayah yang menggunakan assist controller untuk membantu anaknya bermain Elden Ring.
Dan boleh digunakan juga oleh kawan yang ingin membantu sahabatnya kurang arif dalam bermain game EAFC 24.
Kemas kini tersebut akan tersedia untuk dimuat turun di negara-negara terpilih seperti A.S., Kanada, Jepun, U.K., Jerman dan Perancis. Untuk pengguna, kita berkemungkinan besar akan menerima kemas kini tersebut tidak lama lagi.
Beli PlayStation Di Shopee: https://invl.io/cljgsen
Beli PlayStation Di Lazada: https://invol.co/cljgsey
Sumber: PlayStation Blog
Gambar utama: PlayStation Blog