Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Malaysia Kelak Boleh Dapat ‘Blue Tick’ Serendah RM34.90 Dengan Twitter Blue

Posted on November 11, 2022

Sejak Elon Musk mengambil alih tampuk kepimpinan syarikat media sosial bernama Twitter, banyak perkara diumumkan seperti tanda pengesahan (blue tick) yang akan diberi pada pelanggan Twitter Blue.

{suggest}

Dengan berita ini, bermakna jika anda melanggan Twitter Blue, anda tidak perlu mengesahkan identiti pun tapi tetap akan diberikan tanda biru.

Melalui App Store, dinyatakan Twitter Blue berharga RM34.90 sebulan untuk pengguna Malaysia. Justeru, anda boleh mendapatkan lencana biru pada profil pada harga tersebut.

Sebelum ini, antara kelebihan Twitter Blue ialah pengurangan iklan, penyuntingan twit dan ciri folder untukĀ bookmark. Namun, Musk nampaknya turut menambah tanda biru sebagai salah satu tawaran Blue.

Turut dilaporkan juga bahawa lencana pengesahan di Twitter kelak akan dibahagikan kepada 2 iaitu satu daripada langganan Blue, satu lagi memang disahkan sendiri oleh Twitter seperti organisasi kerajaan.

Gambar utama: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress