Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Malaysia Dilihat Lebih Suka Pra Bayar Berbanding Pasca Bayar

Posted on September 7, 2022September 7, 2022

Dalam Laporan Prestasi Industri 2021 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendedahkan bahawa, lebih separuh pengguna di Malaysia lebih gemar menggunakan perkhidmatan rangkaian pra bayar berbanding langganan pasca bayar.

Status itu kekal untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dari tahun 2019, 2020 dan 2021 di mana lebih 70% pengguna di Malaysia menggunakan perkhidmatan rangkaian pra bayar.

Setakat tahun 2021, pengguna pra bayar di Malaysia adalah seramai 33.02 juta. Manakala pengguna pasca bayar pula adalah seramai 14.18 juta.

{suggest}

Keadaan yang sama juga diamalkan oleh pengguna di Indonesia dan Filipina termasuklah Thailand dan Vietnam.

Malah menurut laporan itu, kurang daripada 4% sahaja pengguna di Indonesia dan Filipina melanggan rangkaian pasca bayar.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan negara jiran Singapura di mana pengguna di sana lebih ramai melanggan perkhidmatan rangkaian pasca bayar iaitu lebih daripada 70% tahun 2021 lalu.

Begitu juga pengguna di Korea Selatan dan Jepun dengan hanya sekitar 1% sahaja pengguna di Jepun menggunakan perkhidmatan pra bayar.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress