WhatsApp kini memperkenalkan ‘Chat Filters’ atau Penapis Sembang untuk membolehkan pengguna mencari mesej dengan lebih pantas di platform pemesejan itu.
{suggest}
Untuk menggunakannya, pengguna boleh memilih antara tiga filter yang akan dipaparkan pada bahagian atas senarai sembang – Semua, Belum Dibaca, Kumpulan.
- Semua: Paparan default semua mesej.
- Belum dibaca: Menunjukkan mesej sama ada yang belum dibuka lagi atau ditandai sebagai belum dibaca.
- Kumpulan: Semua senarai sembang kumpulan dan subkumpulan Komuniti akan dipaparkan pada bahagian ini.
Dengan ciri ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mengatur dan mencari perbualan penting serta membantu menavigasi mesej dengan lebih cekap.
introducing Chat Filters, a new way to organize your chats
filter by Unread, Groups, or All pic.twitter.com/yAYWT1GQ1i
— WhatsApp (@WhatsApp) April 16, 2024
Menurut WhatsApp, ciri Penapis Sembang telah mula dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.
Sumber: WhatsApp