Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna iPhone Dan iPad Mula Terima Ciri YouTube ‘Picture-in-Picture’

Posted on Julai 12, 2022

YouTube menerusi blog komunitinya mengumumkan bahawa fungsi picture-in-picture kini boleh digunakan buat pengguna peranti iPhone dan iPad secara berperingkat dalam beberapa hari mulai hari ini.

Bagi pengguna Android, fungsi seumpamanya sudah lama dinikmati dan YouTube mengatakan ia tidak akan berubah.

Pun begitu, mod picture-in-picture (PiP) hanya boleh diakses buat pelanggan YouTube Premium sahaja. Namun, sekiranya pengguna itu berasal dari Amerika Syarikat, ciri tersebut boleh diakses semua. Baik yang melanggan YouTube Premium mahupun tidak.

it's happening! ✨ picture-in-picture is slowly rolling out for YouTube on iPhone & iPad, & just like on Android, will be avail to:

Premium members globally &
non-Premium members in US (non-music only)

it’s been a long time coming 😌 all the details ➡️ https://t.co/mNbPWWE21n pic.twitter.com/ZeBY48KOhH

— TeamYouTube (@TeamYouTube) July 11, 2022

Bagaimanapun, pengguna bukan premium di Amerika Syarikat hanya boleh mendapat akses PiP bagi kandungan bukan muzik sahaja. Jika anda pengguna premium, anda bebas menggunakannya pada mana-mana kandungan.

Buat anda pengguna iPhone atau iPad yang melanggan YouTube Premium di Malaysia, anda boleh aktifkannya menerusi settings>general>picture-in-picture.

Tambahan lagi, peranti Apple anda haruslah menjalankan sistem operasi iOS 15.0 dan iPadOS 15.0 ke atas sahaja bagi menikmatinya.

Apa-apa pun, adakah anda kerap menggunakan mod PiP?

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress