Antara hasil daripada lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ke Ibu Pejabat Samsung, Kementerian beliau dan delegasi syarikat telekomunikasi telah mengadakan kerjasama lebih erat dengan syarikat Samsung yang berpangkalan di Korea Selatan.
Hasil kerjasama itu dijangka bakal membolehkan rakyat Malaysia menikmati harga peranti 5G lebih murah.
Antara agenda utama perbincangan dalam lawatan itu adalah potensi kolaborasi demi manfaat rakyat dan negara seperti kerjasama antara Samsung dan syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia.

Dalam lawatan ke Korea Selatan itu juga, syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia Bhd (TM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat telekomunikasi tanpa wayar terbesar di Korea Selatan, SK Telecom dalam membangunkan pengaturan perniagaan Multi-Access Edge Computing (MEC) di Malaysia.
{suggest}
Sumber: Berita RTM, Fahmi Fadzil