Platform media sosial X (dahulunya Twitter) akan mengenakan bayaran kepada pengguna baharu untuk menyiarkan kandungan dan menyukai, membalas serta bookmark, menurut pemilik X Elon Musk.
{suggest}
Musk menjelaskan bahawa langkah berkenaan merupakan satu-satunya cara bagi mengekang serangan bot atau spam tanpa henti di platform itu.
That is way harder than paying a tiny fee.
This is only for new users. They will be able to do write actions for free after 3 months.
— Elon Musk (@elonmusk) April 15, 2024
Yuran itu sebelum ini telah diuji di New Zealand dan Filipina, dan Musk mengatakan bahawa ia hanya terpakai kepada pengguna baharu X. Apabila pengguna baharu mendaftar, mereka perlu membayar yuran, atau menunggu selama tiga bulan untuk mendapatkan kesemua akses tersebut secara percuma.
SPECULATION: X might be expanding its policy to charge new users before they reply/like/bookmark a post https://t.co/odqeyeiHBx pic.twitter.com/EU71qlwQ0D
— X Daily News (@xDaily) April 15, 2024
Ketika ini, tidak jelas bagaimana dasar itu akan menghentikan akaun spam dan bot, kerana sudah pastinya spammer akan membuat berbilang akaun dan membayar caj kecil atau menunggu tempoh “matang” tersebut untuk membuat siaran.
Sementara pengguna biasa pula mungkin memilih untuk tidak mendaftar atau menggunakan X jika dasar itu dilaksanakan kelak. Tambahan pula, masih terdapat rangkaian media sosial lain yang ditawarkan secara percuma, termasuk Threads yang merupakan pesaing platform itu.