Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Android Digesa Aktifkan Ciri Terpenting Google Play Store Ini Segera

Posted on November 6, 2022November 7, 2022

Dalam bulan Oktober 2022 lalu, Meta melaporkan mereka telah mengenal pasti lebih daripada 400 aplikasi berniat jahat yang mensasarkan pengguna peranti pintar meliputi peranti Android dan iOS.

Meta menyatakan, aplikasi-aplikasi berniat jahat itu bertujuan bagi mencuri info log masuk akaun Facebook mangsanya.

Malah dalam tempoh sebulan yang lepas telah dilaporkan tentang penemuan puluhan aplikasi-aplikasi berniat jahat yang membahayakan data peribadi berbilion pengguna telefon pintar Android di seluruh dunia.

{suggest}

Sehubungan itu, adalah penting pengguna Android sentiasa memastikan peranti mereka berada dalam keadaan selamat sepanjang masa daripada serangan aplikasi-aplikasi berniat jahat ini.

Oleh itu, pengguna Android boleh memanfaatkan ciri terpenting yang ada di tawarkan di dalam Google Play Store iaitu Google Play Protect dengan memastikan ia sentiasa diaktifkan.

Google menjelaskan, Play Protect menyemak aplikasi apabila anda memasang aplikasi itu. Ciri ini juga mengimbas peranti anda secara berkala.

Jika aplikasi yang mungkin berbahaya ditemui pula, dalam sesetengah keadaan, anda akan menerima pemberitahuan yang menyatakan bahawa aplikasi itu telah dialih keluar.

Anda boleh menyemak ciri tersebut diaktifkan atau tidak dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka Google Play Store dan tap pada ikon profail pengguna dan pilih Settings

2. Kemudian tap pada ikon seperti rajah di bawah dan pastikan tetapan Play Protect diaktifkan.

3. Anda juga boleh semak sama ada peranti anda disahkan status pensijilannya menerusi Google Play StoreĀ > Settings > About > Play Protect certification.

Semoga bermanfaat.

Foto utama: Android Headlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress