Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengesahan Transaksi Bank Islam Kini Hanya Melalui GO Secure

Posted on Jun 20, 2023Jun 22, 2023

Pengesahan untuk meluluskan transaksi Perbankan Internet, GO by Bank Islam serta pembayaran FPX hanya melalui GO Secure, berkuat kuasa 19 Jun 2023.

{suggest}

Antaranya termasuk transaksi bagi pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi serta tetapan akaun.

Dengan peralihan kepada GO Secure sepenuhnya, perkhidmatan Kod Akses-i (IAC) yang dihantar melalui SMS ke telefon mudah alih pengguna tidak lagi akan tersedia.

Lanjutan itu, pengguna boleh memuat turun dan memasang aplikasi GO by Bank Islam di gedung aplikasi untuk menggunakan pengesahan GO Secure.

Dalam pada itu, Bank Islam turut memperkenal ciri “Kill Switch” yang bertujuan untuk menyekat dengan segera semua transaksi keluar kad debit-i Bank Islam.

Ciri kill switch telah pun tersedia pada kedua-dua aplikasi perbankan mudah alih dan perbankan internet. Ianya boleh diakses dengan klik pada butang Kill Switch yang terletak di halaman utama Perbankan Internet Bank Islam, aplikasi GO atau GO Biz.

Sumber: Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress