Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengerusi Interim SKMM Letak Jawatan

Posted on Januari 5, 2023Januari 5, 2023

Pada Jun 2022, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din telah dilantik Annuar Musa sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Beliau menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan yang sama.

Sumber: The Edge

Terbaru, SKMM telah mengesahkan bahawa Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din telah melepaskan jawatannya.

Namun, Suruhanjaya tidak mendedahkan tarikh terperinci mahupun sebab peletakan.

Sumber: Utusan TV

Siapakah yang bakal menjadi pengerusi baharu?

SKMM dalam kenyataan mengatakan bahawa jawatan tersebut ialah di bawah bidang kuasa Menteri Komunikasi dan Digital. Pengumumannya berkenaannya kelak akan dilakukan oleh menteri.

Terdahulu, Tan Sri Mohamad Salim pernah menyertai SKMM dari 2010 hingga 2014.

Beliau juga merupakan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain masih memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB).

{suggest}

Selain itu, beliau juga terkenal dalam kalangan penggiat industri stesen minyak kerana hubungan rapatnya dengan syarikat-syarikat minyak.

Beberapa pihak juga memberi kredit pada beliau di atas pembukaan Shell di kawasan strategik sekitar KL dan Selangor.

Sumber: Malay Mail, The Edge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress