Untuk makluman semua, khususnya bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan belum memohon untuk membuang undi secara undi pos untuk memilih dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), permohonan dalam talian untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) akan berakhir 23 Oktober 2022 sahaja.
{suggest}
Permohonan itu boleh dibuat dengan mendaftar akaunMySPR di https://myspr.spr.gov.my/login.
Syarat bagi melayakkan anda mendaftar sebagai pengundi pos adalah merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana bahagian pilihan raya dan bermastautin di luar negara.
Untuk info lebih lanjut tentang cara pendaftaran, layari portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan pilih Perkhidmatan Dalam Talian (MySPR).
Sumber: Selangorkini, Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia