Canon Malaysia mengumumkan kejayaan mereka dalam acara Produktiviti Mega bersama Canon dengan pembaharuan produk pencetak mereka.
Dengan kerjasama Thrive Well, pengumuman itu diadakan bersempena untuk meraikan Hari Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia.
Dalam acara itu, Canon memperkenalkan tambahan terbaru bagi pencetak siri G, siri TS dan siri GX untuk memenuhi keperluan dan kepuasan para pengguna.
Dua pencetak siri G iaitu G2730 dan G3730 diperkenalkan dengan pencetak inkjet 3 dalam 1.
Manakala, siri TS kini mempunyai dua pencetak foto premium baharu, TS7770 dan TS7770A yang dikatakan memberi kualiti pencetakan kreatif yang meningkat.
Selain itu, siri GX, GX1070, GX2070 dan GX5570, juga mendapat penambahan baharu dalam melengkapkan barisan pencetaknya, khas untuk perniagaan.
Tambahan pula, acara itu juga mempamerkan slogan baharu mereka untuk siri PIXMA G dan GX iaitu MegaTank. Ia menawarkan:
- Botol dakwat yang berkapasiti tinggi
- Reka bentuk intuitif dan cara persediaan yang mudah
- Penyelenggaraan boleh tanggal
- Dokumen dan foto yang berkualiti tinggi
Pra-pembelian G2730 dan G3730 akan bermula pada 16 Oktober 2023 ini, berikut adalah harganya:
- PIXMA G2730 – (RM670)
- PIXMA G3730 – (RM800)
Untuk tempahan, anda boleh terus ke laman rasmi Canon Malaysia.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Canon Malaysia