Jika anda dah buntu atau mungkin bosan dengan judul-judul permainan sedia ada, apa kata anda mencuba permainan teka-teki ini.
Percuma untuk masa terhad, Infinifactory adalah permainan teka-teki kotak pasir oleh Zachtronics, pencipta SpaceChem dan Infiniminer.
Pemain perlu membina kilang-kilang yang memasang produk untuk makhluk asing anda, dan cuba untuk tidak mati dalam proses itu.
Spesifikasi komputer yang dperlukan bagi memainkan permainan ini juga ringkas. Jadi, bolehlah anda memainkannya di komputer anda walaupun berspesifikasi rendah.
Tersedia untuk platform Windows dan Macintosh, Infinifactory yang berharga RM49.99 sedang ditawar secara percuma di stor Epic Games sehingga 2 Februari 2024.
{suggest}