Baru-baru ini, syarikat Meta dilaporkan telah memulakan proses untuk menamatkan aktiviti pemesejan rentas platform (cross-app) di antara aplikasi Instagram dan Facebook.
Sebagai imbas kembali aktiviti Meta pada tahun 2020, mereka bersepakat untuk mewujudkan pemesejan rentas platform antara Facebook dan Instagram. Hal ini dilakukan atas sebab bagi mewujudkan pengalaman perbualan mesej yang menarik antara dua aplikasi.
Namun begitu, Meta berhasrat untuk menamatkan aktiviti pemesejan antara dua aplikasi tersebut pada pertengahan bulan Disember 2023.
Antara perubahan dapat disimpulkan dari penamatan rentas platform ini adalah seperti berikut:-
- Pengguna tidak boleh memulakan perbualan atau menghubungi pengguna lain di Instagram dengan menggunakan akaun Facebook.
- Sebarang perbualan anda dengan pengguna Instagram menerusi akaun Facebook akan berubah status menjadi “read-only“.
- Pengguna akaun Facebook tidak boleh melihat status aktiviti sesuatu perbualan itu jika ia melibatkan mesej antara pengguna Instagram.
- Sebarang perbualan anda di Instagram bersama pengguna Facebook yang lain tidak akan disimpan di peti simpan anda di Facebook.
Sehubungan dengan perubahan ini, pihak Meta masih tidak memberikan kata putus mengenai sebab mereka berbuat demikian. Pihak media beranggapan ia mungkin berkait dengan Akta Pasaran Digital Eropah (DMA) dan pihak Meta mengambil langkah awal untuk tidak berbalah mengenai isu rentas platform ini di hadapan hakim.
{suggest}
Sumber: 9to5Google