Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sudah bermula hari ini. Golongan miskin tegar dan B40 akan dikreditkan ke akaun masing-masing hari ini, 6 September 2021. Manakala golongan M40 pula mulai 9 September.

Selain itu, jumlah bayaran juga adalah mengikut kategori yang mana isi rumah miskin tegar akan menerima RM1300 dan bujang atau warga emas sebatang kara RM500 yang masing-masing diberikan secara berperingkat.

Oleh yang demikian, anda boleh tekan pautan INI untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak.

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan sertaΒ captcha.

Seterusnya, log masuk.

Akhir sekali, ia akan memaparkan jumlah bayaran yang anda akan terima nanti.

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR) tempoh hari akan menerima bayaran ini secara automatik.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Baca juga: