Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 Kini Bermula, Ini Cara Semak

Posted on September 6, 2021

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sudah bermula hari ini. Golongan miskin tegar dan B40 akan dikreditkan ke akaun masing-masing hari ini, 6 September 2021. Manakala golongan M40 pula mulai 9 September.

Selain itu, jumlah bayaran juga adalah mengikut kategori yang mana isi rumah miskin tegar akan menerima RM1300 dan bujang atau warga emas sebatang kara RM500 yang masing-masing diberikan secara berperingkat.

Oleh yang demikian, anda boleh tekan pautan INI untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak.

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan sertaΒ captcha.

Seterusnya, log masuk.

Akhir sekali, ia akan memaparkan jumlah bayaran yang anda akan terima nanti.

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR) tempoh hari akan menerima bayaran ini secara automatik.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Baca juga:

  • Macam Mana Jenama Apple Mampu Mempengaruhi Pengguna
  • Cara Tukar MySejahtera ID – Kemas Kini Nombor Telefon Atau E-Mel
  • Jika Meninggal Dunia, Apa Jadi Pada Akaun Facebook Anda? Ini Cara Letak Pewaris Akaun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress